Ahad, 14 November 2010

''Al-AzhaR KaMi DaTaNG''

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Assalamualaikum... first of all, apa khabar sahabat2? semoga sentiasa berada di bawah naungan ALLAH s.W.T hendaknya... InsyaALLAH.

Alhamdulillah, kelmarin chaq, anjang, ateh, alang dan dik aS diberikan peluang oleh Allah S.W.T untuk menjejakkan kaki di masjid Azhar... sepanjang berada di bumi anbia' ni, nilah kali pertama sampai masjid Azhar...
Subhanallah, rasa lapangnya hati, semua yang pi pakat-pakat teruja almaklumlah tempat para alim ulama'....

TAPI.... sebelum sampai ke masjid Azhar tu, macam-macam mehnah dan tribulasi yang ditempuh..
hmm... sebenarnya kelmarin ada 'kashfu tib' ataupun medical checkup di hospital azzahra..
Ada la 3 orang kakak yang prihatin bawa kami pi hospital.. kami ada 9 orang semuanya..
sebelum pi hospital tu, semua pakat ketaq tambah-tambah chaq.. hehehe.. biasalah semua nak kena cucuk... tapi chaq tetap bagi semangat kat adik beradik yang lain..."ok, rilex2.. senyum...."...
Bila dah selesai cucuk semua, ingat ok ja semua tapi ada salah seorang sahabat kami tiba-tiba pucat... jadi, kami pun pakat-pakat kalut suruh dia duduk, bagi minum air... alhamdulillah, ok sikit.. sebenarnya, dia tak makn pagi tu, tu yang hampir nak pengsan la jugak... tapi semuanya selamat.. Alhamdulillah...

Dalam masa yang sama, chaq, ateh n anjang sempat berkenalan dengan seorang budak arab ni.. namanya muhammad dan hasan (klu tak salah la).. siap sruh budak tu menyanyi lagi, lagu raya... hehehe...

Bila dah selesai semua urusan di hospital, kami pun ambil bas untuk balik ke haiyu sabiek, asrama kami. Sahabat-sahabat yang semuanya terus balik ke asrama melainkan alang, chaq, ateh, anjang dan dik as yang nak pi husin untuk beli baju raya.. mulanya, kami singgah di masjid i'badurrahman untuk solat zuhur..
seusai solat zohor bejemaah di situ, kami pun naik la tramco... di sinilah pengembaraan bermula...
biasalah, kat sini semua ammu tramco berebut pelanggan... bisinglah jugak kat situ...
selepas tu, adalah ammu ni kata 'abbasa, qamra, metro...' sambil menjerit-jerit...
kami yang kalut-kalut nak p metro, nak ambil duit pun naik la tramco tu...
lepas tu, jalan punya jalan... baru sedar, tramco tu ikut jalan lain.. kami pakat kalut lagi sekali...
ish3... "chaq, telefon kak long.. betui ka naik tramco ni nak p metro.. ka metro lain..?" kata alang...

nak dijadikan cerita.... salah naik tramco la.... lepas tu, apa lagi.. semua pakat kata "a'al gambi2.." tapi ammu tu buat tak tau ja sebab melayu cmpur kedah.. mana la arab faham..huhu... tiba2.. anjang dengan lantangnya: 'ala gambit.." terkejut kami.. satu tramco dgr.. huhu..

alhmdulillah... tramco berhenti jg.. mka berjln la kmi adik-beradik ke metro yg agak jauh jg la dri situ...aduii.. pent la berjln.. kmi wat ijtima' kt tepi jln lnts wat keputusan nk naik teksi.. thn pnya thn.. alhmdulillah.. jmpa 'ammu yg baik hati.. smpi la kami kt metro 2... pakat2 amik duit... kononnye.. nk berbelnja sakan la...

selepas selesai mengeluarkn duit.. kmi tahan teksi berhdpn metro.. alhmdulillah.. xsampi 20minit.. kmi dpt teksi dan meneruskn perjalann ke hussin.. dlm perjalann kde hussin.. hnya ALLAH yang tahu betapa sesaknye.. tp dgn keazamn yang kuat.. alhmdulillah.. smpi la kami kt hussin..
sesmpinya kt husin.. anjang yang sepatutnya jadi petunjuk arah.. hilang ingatn wat seketika.. makna kata.. tercangak la kami kt tepi jalan.. memikirkan kt mana ni nk jalan.. alhmdulillah.. slps mmberanikan diri bertanya pada "aunty arab" 2.. kmi jmpa jlnnye.. maka membli belah la kmi kt hussin...
pelbagai ragam yang kmi dpt lihat.. chaq dan ateh kna marah dgn 'ammu hussin 2... semata2 sbb xbeli barang dia.. cering jg bulu roma.. tp... wat muka xfaham je la..
masa mmg pantas berlalu.. kmi yg xsolat asar lg.. bergegas ke masjid azhar...
di sini.............................................


satu perasaan yg xdpt diungkap.. subhanallah.. indhnya masjid ni.. masjid yg dulunye hnya dpt dilihat dlm internet.. kini.. ada dpn mata.. ALLAH.. indah sgt..
alhmdulillah.. kmi berkesempatan solat dlm masjid ni.. syukur ya ALLAH ats anugerah ni....................................................................

kami dengan semangat yang membara nak menunaikan solat asar terus ke bililk air untuk mengambil wuduk.. alangkah malangnya, air di bilik air tu tak dak... jadi, kami mengambil keputusan buat solat hormat waktu.. balik nanti kami qada memandangkan asar dah nak habis waktu..

selesai solat, kami tunggu cari teksi di luar masjid Azhar.. banyak teksi tapi satu pun tak mau tumpangkan kami sebab kami nak naik 5 orang sekali... nasib baik la ada ammu yang agak baik, nak tumpangkan kami tapi teksi meter la... memandangkan masa yang hampir malam, kami pun naik ja la.. hmm... Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di rumah sebelum solat maghrib...
smpi2 rumh.. kmi yg kelaparan kerna seharian xmkn nasi... tercari2 nasi.. alhmdulillah... yong dan andak memahami kami... makanan dh disediakan... maka... makan la kmi dgn lahapnye... he... alhmdulillah...
malam ni xstudy... coz penat sgt..maka tertido la kmi..... selmt mlm..
...............................................................................

Sedikit Perkongsian....

Apakah Solat Menghormati Waktu?

Solat menghormati waktu ialah solat yang dilakukan dalam keadaan berhadas (kerana tiada air untuk berwuduk atau tiada tanah untuk bertayammum) dan juga solat yang tidak dapat untuk menghadap kiblat. Soilat ini wajib diqada semula setelah beroleh air atau tanah ataupun dapat menghadap kekiblat kembali. Kita juga boleh mengqada solat hormat waktu ini secara jamak ataupun qasar dengan syarat kita masih dalam musafir.
Apabila kita telah kembali ketempat asal maka solat hormat waktu mestilah diqada secara sempurna. Jika ditakdirkan kita meninggal semasa musafir dan kita masih belum mendapatkan air untuk berwuduk atau tanah untuk bertayammum bagi mengqada solat maka memadai solat menghormati waktu itu telah diterima Allah. Sebaliknya jikta kita berpeluang untuk mengqada solat hormat waktu ini setelah adanya air atau tanah tetapi kita masih melengahkannya maka kita dikira berdosa.

p/s: Apa yang baik itu, adalah dari ALLAH & mana yang buruk itu datang dari kelemahan diri kami sendiri... Wallahua'lam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan