Rabu, 29 Mei 2013

Demam Imtihan

Bismillahirrahmanirrahim... :)

Salam sayang untuk semua... Dah lama tak update blog ni... Alhamdulillah.. Pada malam ni... tergerak hati untuk menulis satu catatan tentang perjalanan hidup seorang MAHASISWI AL-AZHAR....
Bersyukur kepada ALLAH.. sebab dengan nikmat yang diberikannya.. saya dan semua masih lagi dapat bernafas.. dapat merasai nikmat hidup...
Untuk pengetahuan pembaca blog... sekarang adalah MUSIM PEPERIKSAAN di Al-Azhar... Masing-masing sibuk dengan study... Waktu-waktu macamni la... SYAITAN LAKNATULLAH nak ganggu manusia-manusia yang menuntut ilmu... geram betuiiii!!! tapi tak pa... kami kuat IMAN... in sha ALLAH..


 “Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja
mengatakan; “Kami beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya
Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka Allah pasti
mengetahui orang yang benar dan pasti mengetahui tentang orang yang
berdusta.” (Surah al-’Ankabut, ayat 2-3).


Antara ujian-ujian yang melanda.. (melalui pengalaman hidup di MESIR)
1) Teringat nak balik Malaysia.- Mana tak teringatnya... tiket ''flight'' dah beli... duk mimpi mak ayah duk lambai-lambai... hehehe.. duk teringin lama dah makan-makanan Malaysia... hirup udara Malaysia... Segala-galanya yang indah tentang Malaysia... hermmmm...
2)  Rajin buat kerja lain selain STUDY... hehehe... waktu-waktu EXAM ni la... rajin nak menyapu sampah, rajin nak masak, rajin nak keluar berjalan-jalan... pendek kata.. SEMUA RAJIN....
3) KAHWIN... ni adalah penyakit dekat-dekat nak EXAM.. hehe.. sebab waktu-waktu exam ni la STRESS... rasa perlu teman untuk bermanja.. lagi satu... waktu exam  ni makan minum tak terjaga.. maka waktu inilah.. waktu untuk fikir.. ''Alangkah indahnya kalau aku kahwin...''

Kalau nak disebut.. banyak sangat ujian-ujian yang pernah dan sedang dihadapi oleh kebanyakkan dari kami.. tapi.. APA-APA pun.. semua kena kembali kepada NIAT.. sentiasa perbaharui NIAT... sebab.. setiap perkara.. bermula dengan niat... ''Rasulullah S.A.W: Sesungguhnya setiap perbuatan itu beserta dengan niat..''
Sampai di sini saja coretan saya... apapun.. Selamat Maju Jaya Dunia Akhirat..
Kalau kita nak DUNIA.. mesti ada ILMU...
Kalau kita nak AKHIRAT.. mesti ada ILMU...
Kalau kita nak DUA-DUA.. mesti ada ILMU...  Jadi PENTINGkan ILMU dalam hidup ini??
-Tepuk dada tanya IMAN... :) senyum selalu.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan