Khamis, 2 Februari 2012

KEKASIH KITA


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
kaifahalukum jami'an?

harapnya semua yang membaca artikel ini berada dalam keadaan yang baik dan dalam rahmat dan kasih sayang ALLAH SWT.

Sudah lama rasanya blog ini ditinggalkan tanpa pengisian... Alhamdulillah, pada hari dan saat ini, ALLAH SWT telah memberikan kesempatan kepada diri yang kerdil ini untuk menulis dalam blog ini lagi..

jadi, di sini ingin ana berkongsi dengan sahabat-sahabat tentang satu kisah yang pernah saya dengar dari ceramah tentang seorang insan yang mempunyai peribadi & syakhsiah yang sangat tinggi...
iaitulah RASULULLAH SAW.

Di Kota Madinah, pada zaman pemerintahan saidina Muhammad SAW, diceritakan terdapat seorang perempuan tua yang sangat membenci Rasulullah SAW walaupun dia tidak pernah bersua muka dengan baginda SAW dek kerana dakwaan orang ramai ketika itu tentang kepalsuan baginda SAW..
Oleh kerana kebenciannya semakin mendalam terhadap Rasulullah SAW, dia bercadang untuk berhijrah keluar dari kota Madinah.
Pada hari perempuan tua itu bersiap-siap untuk keluar dari kota Madinah, dia terserempak dengan Nabi Muhammad SAW dan baginda mempelawa untuk membantu perempuan tua itu kerana melihat perempuan tua itu bersusah payah untuk membawa barang-barang yang banyak.
Jadi, perempuan tua itu sangat bersenang hati dengan akhlak dan tingkah laku pemuda yang berada di hadapannya itu tanpa dia mengetahui bahawa pemuda di hadapannya itu adalah baginda SAW.
Sepanjang perjalanan menemani perempuan tua itu, dia menceritakan bahawa dia sangat membenci pemerintah kota Madinah ketika itu, bagindalah yang dimaksudkan oleh perempuan tua itu sebenarnya... Rasulullah SAW hanya tersenyum mendengar cerita dari perempuan tua itu dan baginda SAW terus menolong perempuan tua itu mengangkat barang-barangnya tanpa berkata apa-apa.
Baginda hanya tersenyum...
Apabila sampai di destinasi yang dituju, perempuan tua itu sangat berterima kasih kepada baginda SAW.
Sebelum berpisah dengan baginda SAW, perempuan tua itu bertanyakan nama pemuda yang sanggup menolongnya ...
Jadi baginda menjawab bahawa bagindalah yang diceritakan oleh perempuan tua itu tadi tentang pemerintah kota Madinah yang dibencinya. Lalu, perempuan tua itu sangat terkejut apabila mendapati bahawa Nabi Muhammad SAW demikian baik terhadapnya dan berbeza sekali dengan apa yang didengarnya sebelum ini..selepas peristiwa ini, Perempuan tua itu lalu menangis dan meminta maaf kepada baginda SAW..
Dia memutuskan untuk mengikut Nabi Muhammad SAW dan memeluk agama Islam...

*Subhanallah... begitulah akhlak yang ditunjukkan oleh Rasul SAW sehingga menyebabkan seorang kafir memeluk agama Islam... sungguh mulianya akhlak baginda..

Semoga kita dapat mengambil istifadah dari kisah junjungan mulia, Saidina Muhammad SAW...

Ya Rasulullah...
Mulianya akhlakmu..
menjadi contoh teladan kepada umatmu..

Ya Rasulullah...
kami merinduimu...

Ya ALLAH...
kekalkanlah rasa rindu ini dalam diri kami...
berikanlah taufiq kepada kami untuk terus mencintai kekasih agungMU...
Amin ya Rabbal a'lamin...



SELAMAT MENYAMBUT MAULIDURRASUL SAW 1434 H..
BANYAKKAN SELAWAT KE ATAS BAGINDA SAW TANDA KECINTAAN KITA TERHADAP BAGINDA..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan